BAITULMUQADDIS 18 Ogos – Tentera Israel bertindak menutup kawasan Masjid Al-Aqsa selepas mendakwa terdapat cubaan seorang rakyat Palestin menikam sekumpulan polis rejim Yahudi itu di bandar lama Baitulmuqaddis. Rakyat Palestin didakwa mendekati sekumpulan anggota polis Israel yang berkawal di kawasan berkenaan dan dikatakan cuba menikam salah seorang daripada mereka semalam. Warga Palestin yang juga rakyat Israel berusia 30 tahun dari bandar Umm al-Faham itu dilaporkan ditembak mati oleh tentera Israel…










