MUMBAI 19 Ogos – Penyanyi Hollywood, Nick Jonas dan bintang Bollywood, Priyanka Chopra disahkan bertunang selepas menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan lalu. BBC melaporkan, pasangan kekasih tersebut melangsungkan pertunangan dalam satu majlis tertutup di sini semalam. Namun, tiada tarikh perkahwinan ditetapkan buat masa ini. – AGENSI