KUALA LUMPUR 27 Ogos – Jenazah Bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Zainal Abidin Osman dibawa keluar dari Hospital Ampang kira-kira 4.30 pagi tadi menuju ke kampung halaman di Sungai Acheh, Seberang Prai Selatan, Pulau Pinang. Menurut Pengurusan Unit Forensik Hospital Ampang, jenazah berkenaan diiringi ahli keluarga terdekat termasuk isterinya, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin meninggalkan hospital selepas proses bedah siasat selesai dilakukan kira-kira 4 pagi. Zainal Abidin, 58,…










