KUALA LUMPUR 3 Ogos – Jenazah Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Kota Kinabalu, Sabah tengah malam ini. Menurut adik Allahyarham, Ida Lokman, pesawat Malaysia Airlines yang membawa jenazah abangnya dijangka berlepas dari Kota Kinabalu pukul 9.25 malam. Katanya, sebaik tiba di KLIA, jenazah Mahadzir akan dibawa ke kediaman keluarga mereka di Petaling Jaya tengah malam ini. “Semua ahli keluarga dan rakan-rakan…










