Jenazah Mahadzir dijangka tiba di KLIA malam ini - Utusan Malaysia

Jenazah Mahadzir dijangka tiba di KLIA malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Jenazah pengacara popular, Datuk Mahadzir Lokman diterbangkan melalui penerbangan Malaysia Airlines Bhd. (MAS) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini malam ini.

Jenazah dijangka berlepas kira-kira pukul 9.25 malam ini menggunakan pesawat MH2639 dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang lebih kurang pada pukul 11 malam nanti.

Adik kepada Allahyarham Ida Neliaty berkata, jenazah abangnya akan dibawa ke kediaman keluarga di Petaling Jaya, Selangor sejurus tiba di Kuala Lumpur.

Jenazah juga akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada pagi esok.

Beliau yang hadir mengenakan jubah hitam dan selendang putih reda dengan pemergian abangnya, melahirkan ucapan terima kasih atas kelancaran pengurusan membawa Allahyarham pulang ke Kuala Lumpur.

Terdahulu, proses mengkapankan jenazah dan sembahyang disempurnakan di Masjid Negeri Kota Kinabalu di sini selepas solat Isyak.

Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal bersama isteri, Datin Seri Suryani Shuaib juga hadir memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham di Hospital Queen Elizabeth (HQE1) di sini. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN