KOTA KINABALU – Jenazah pengacara popular, Datuk Mahadzir Lokman diterbangkan melalui penerbangan Malaysia Airlines Bhd. (MAS) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini malam ini. Jenazah dijangka berlepas kira-kira pukul 9.25 malam ini menggunakan pesawat MH2639 dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang lebih kurang pada pukul 11 malam nanti. Adik kepada Allahyarham Ida Neliaty berkata, jenazah abangnya akan dibawa ke kediaman keluarga di Petaling…









