Jawapan mengenai pengisytiharan harta menteri, ahli Parlimen di Dewan Rakyat sudah memadai - Utusan Malaysia

Jawapan mengenai pengisytiharan harta menteri, ahli Parlimen di Dewan Rakyat sudah memadai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Semua jawapan berhubung isu pengisytiharan harta menteri Kabinet, Ahli Parlimen dan penjawat awam dari kumpulan tertinggi adalah memadai untuk soalan-soalan yang dibangkitkan di Parlimen, kata pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang).

Mengenai laporan bahawa Anggota parlimen Subang Wong Chen telah menegur kerajaan kerana memberi jawapan yang kurang jelas mengenai isu tersebut, pejabat berkenaan menjelaskan bahawa jawapan itu sebenarnya jauh dari kabur dan tidak sepatutnya dijadikan isu.

“Jika anggota Parlimen tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh menteri berkenaan, beliau sepatutnya mendapatkan butiran dan penjelasan lanjut dari pejabat menteri berkenaan,” kata pejabat itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas mengenai jawapan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong di parlimen, Wong dipetik pada 25 Julai sebagai berkata jawapan itu hanya menyentuh kenyataan umum tentang kelemahan pentadbiran terdahulu Barisan Nasional mengenai pengisytiharan harta.

Wong juga berkata isu pengisytiharan harta merupakan ujian penting dalam agenda pembaharuan Pakatan Harapan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN