PUTRAJAYA – Semua jawapan berhubung isu pengisytiharan harta menteri Kabinet, Ahli Parlimen dan penjawat awam dari kumpulan tertinggi adalah memadai untuk soalan-soalan yang dibangkitkan di Parlimen, kata pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang). Mengenai laporan bahawa Anggota parlimen Subang Wong Chen telah menegur kerajaan kerana memberi jawapan yang kurang jelas mengenai isu tersebut, pejabat berkenaan menjelaskan bahawa jawapan itu sebenarnya jauh dari kabur dan tidak sepatutnya dijadikan isu. “Jika…










