KUALA LUMPUR 13 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengesahkan bahawa janji untuk menghapuskan tol di seluruh negara seperti yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak akan dilaksanakan. Menteri Kerja Raya, Baru Bian mengakui cadangan tersebut tidak mudah untuk dilaksanakan dengan alasan tekanan kewangan semasa dan implikasinya adalah kerajaan perlu menanggung pampasan tol sebanyak RM400 bilion. “Setelah menimbangkan faktor tersebut, kerajaan setuju tangguhkan cadangan tersebut sehingga ekonomi…










