SAUDARA PENGARANG, AKHIR-akhir ini ada pihak secara bebas bercakap tentang usaha mengiktiraf ‘sumbangan’ Komunis Bintang Tiga kepada negara khususnya perjuangan kemerdekaan malah hendak dimasukkan sebagai ‘fakta’ dalam buku teks sejarah. Suara-suara tersebut seolah-olah mereka ini pakar sejarah dan mahu mengubah apa yang sudah sekian lama termaktub sebagai sejarah rasmi Tanah Melayu. Persoalan saya, adakah mereka ini diberi lesen besar untuk bercakap sesuka hati tanpa mempedulikan sentimen dan perasaan orang lain?…










