SHAH ALAM – Polis menasihatkan semua penyokong parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis supaya tidak melakukan sebarang kekacauan atau provokasi sehingga boleh mencetuskan keadaan huru-hara pada hari pengundian esok. Jurucakap Polis bagi PRK berkenaan, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan, seramai 1,200 orang anggota akan ditugas pada hari pengundian esok melibatkan semua bahagian dalam unit pasukan tersebut. Katanya, selain penglibatan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan Klang Selatan, pihaknya akan turut dibantu oleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya