KOTA BHARU 26 Ogos – Seorang pengusaha kedai makan menjamu lebih 200 pelanggan termasuk anak yatim sebagai cara menyambut bulan kemerdekaan. Norhazelizan Mamat, 40, berkata, tema sambutan Hari Kebangsaan ke-61 tahun ini iaitu Sayangi Malaysiaku adalah selari dengan moto kedainya sendiri yang beroperasi atas dasar kasih sayang. Norhazelizan berkata, dia membuka ‘Ayang Cafe’ di Jalan Masjid Langgar di sini sejak empat bulan lalu bersama suaminya, Lokmanul Hakim Ong Abdullah, 50,…








