KUALA LUMPUR 16 Ogos – Kementerian Pendidikan berhasrat untuk memperkasakan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai organisasi yang berwibawa dalam membina, mengembang dan memartabatkan bahasa Melayu. Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berharap, DBP dapat meningkatkan peranannya agar setaraf dengan British Council yang telah berjaya mengembangkan bahasa Inggeris ke lebih 100 buah negara di seluruh dunia. “DBP perlu menyusun semula program dan aktivitinya supaya selaras dengan keperluan…










