“BENAR, mereka adalah ‘anak syurga’ tempat mereka di sana nanti Insya-Allah, tetapi tanggungjawab ibu bapa yang taklif masih tidak terlepas daripada dipersoal di akhirat kelak,” kata Saadiah Samsudin. Hal ini membuatkan ibu kepada anak istimewa Muhammad Habill Jansari, 11, itu sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk memberi pendidikan terbaik buat anaknya terutama agama. Walaupun mengakui mulanya sukar menerima kenyataan anaknya disahkan mengalami autism pada usia empat tahun, guru Sekolah Menengah…










