GAZA CITY 3 Ogos – Penduduk Palestin terutamanya di Semenanjung Gaza semakin dihimpit kesusahan dan berdepan pelbagai penderitaan susulan tindakan Israel menyekat lebih 1,000 jenis barangan keperluan asas daripada dibawa masuk ke wilayah itu. Al-Jazeera melaporkan, antara barangan itu termasuk bekalan persekolahan, peralatan perubatan, alat jana kuasa dan basikal kanak-kanak yang pada dasarnya tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada mana-mana pihak. Perkara itu didedahkan dalam satu pameran yang dianjurkan oleh pemain…










