TEL AVIV 4 Ogos – Tentera Laut Israel memintas sebuah bot dinaiki aktivis Palestin yang didakwa menceroboh sekatan oleh pihak rejim ke atas Gaza, insiden kedua dalam tempoh kurang seminggu.
Tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, kapal yang dinamakan Freedom for Gaza itu dipantau dan dipintas selaras dengan undang-undang antarabangsa.
Sebanyak 12 orang aktivis yang berada di dalam bot itu kemudiannya dibawa ke pelabuhan Ashdod dekat Israel.
“Tentera menjelaskan kepada penumpang bot bahawa mereka melanggar undang-undang sekatan laut dan sebarang bantuan kemanusiaan boleh dihantar ke Gaza melalui Pelabuhan Ashdod,” kata kenyataan itu, hari ini. – AFP










