BAITULMUQADDIS 22 Ogos – Pihak berkuasa Israel hari ini meluluskan pelan untuk membina lebih 1,000 kediaman di kawasan tebing Barat. Menurut pertubuhan bukan kerajaan, Peace Now, rancangan tersebut diluluskan oleh jawatankuasa Kementerian Pertahanan Israel. Selain itu, sebanyak 370 unit rumah akan turut dibangunkan di kawasan penempatan Adam. – AFP










