BAITULMUQADDIS 2 Ogos – Israel akan menghentikan penghantaran minyak dan gas ke Semenanjung Gaza bermula hari ini sebagai membalas tindakan kumpulan pejuang Palestin melancarkan belon api yang memusnahkan ladang tanaman di Israel. Kenyataan dari pejabat Menteri Pertahanan, Avigdor Lieberman memaklumkan, beliau telah mengarahkan pemberhentian bekalan minyak ke kawasan berkenaan melalui laluan Kerem Shalom sehingga diberitahu kelak. “Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keganasan berterusan membabitkan belon api dan pertempuran yang…










