Iran pecat menteri hal ehwal ekonomi dan kewangan - Utusan Malaysia

Iran pecat menteri hal ehwal ekonomi dan kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN 26 Ogos – Parlimen Iran hari ini mengundi untuk menyingkirkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan, Masoud Karbasian, di tengah-tengah kejatuhan mendadak mata wang rial dan kemerosotan ekonomi. Media tempatan melaporkan, Parlimen Iran menyokong pemecatan Masoud daripada kementeriannya dengan 137 menyokong berbanding 121 menentang. Pemecatan itu adalah langkah terbaru dalam rombakan ke atas pentadbiran kanan ekonomi Iran. – REUTERS


1 Bulan / RM9.90

Sehari hanya RM0.33

1 Tahun / RM75

Sehari hanya RM0.20 sen

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN