JAKARTA 21 Ogos – Indonesia memusnahkan dan menenggelamkan sejumlah 125 bot, kebanyakannya kapal asing yang ditahan kerana menangkap ikan secara tidak sah di perairan negara ini. Menteri Maritim dan Perikanan, Susi Pudjiastuti berkata, langkah itu bertujuan memberi peringatan kepada mereka yang menangkap ikan dan sumber laut lain secara haram. Tindakan terhadap ‘penceroboh’ perairan negara ini dilakukan setelah kerajaan mengumpul semua bukti berhubung pelanggaran undang-undang perairan negara dilakukan oleh bot-bot. “Bot-bot…