MUKADIMAH MENGEMUDI sebuah jabatan yang didakwa sebagai lubuk rasuah memerlukan seorang yang komited dan tegas. Dua tahun Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali memimpin jabatan itu. Pelbagai cara baharu diperkenalkan untuk membanteras gejala rasuah. Dalam masa yang sama, beliau juga perlu terus memastikan tiada pendatang asing tanpa izin (PATI) terus membanjiri tanah air apatah lagi kehadiran mereka selama ini sudah cukup melemaskan warga tempatan. Tidak kenal erti…










