KUALA LUMPUR 17 Ogos – Sebagai alternatif kepada orang Melayu pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sebuah parti baharu ditubuhkan bagi memperjuangkan kepentingan kaum tersebut dan agama Islam. Parti yang dinamakan sebagai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) ditubuhkan selepas mengadakan pertemuan dengan rakyat khususnya golongan belia sejak sebulan lalu untuk mendengar luahan mereka selepas PRU-14 berlangsung. Menurut Presiden Penajanya, Datuk Ibrahim Ali penubuhan parti adalah membawa perjuangan sendiri yang berlandaskan…










