Hubungan Lorenzo, Dovi keruh - Utusan Malaysia

Hubungan Lorenzo, Dovi keruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRNO – Ketegangan hubu­ngan antara dua penunggang Ducati, Jorge Lorenzo dan Andrea Dovizioso (Dovi) sekali lagi meledak menjelang Grand Prix Republik Czech hujung minggu ini.

Lorenzo yang baharu menyertai pasukan tersebut tahun lalu pernah mendakwa rakan sepasukannya itu se­ring mempersenda kemampuannya pada April lalu.

Lebih memburukkan keadaan, Dovi masih enggan memberi penghargaan kepada Lorenzo biar­pun penunggang Itali itu berjaya merangkul dua kemenangan berturut-turut di Mugello dan Barcelona.

“Betul, Lorenzo berjaya memenangi dua perlumbaan berturut-turut, namun dua kemenangan tersebut tidak dapat menutup prestasi hambarnya selama setahun setengah.

“Lorezo tidak dipilih ma­suk dalam pasukan Ducati hanya untuk memenangi dua perlumbaan. Sebab itu saya tidak akan tukar fikiran saya,” kata Dovi.

Dalam pada itu, Lorenzo mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Dovi membuktikan bahawa rakan sepasukannya itu terlalu merendahkan kemampuannya.

“Saya sangat berang de­ngan situasi ini kerana saya sedang bergelut dengan masalah jentera manakala dia sentiasa menang.

“Sekarang, semua boleh nampak, dia memang suka merendah-rendahkan saya dan perkara itu tidak pernah berhenti,” jelas Lo­renzo yang bakal berpindah ke Honda musim depan.

– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN