IPOH 13 Ogos – Ahli Jawatankuasa DAP negeri, Nga Hock Cheh, 66 dan Pengerusi Tetap Kongres Nasional PKR yang juga Pengarah Operasi, Jabatan Pilihan Raya parti itu Ismail Yusop, 60, dipilih sebagai Ahli Dewan Negara sebulat suara dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini. Dalam undian oleh wakil rakyat kerajaan dan pembangkang hari ini, Hock Cheh, yang juga seorang peguam veteran dan Ismail masing-masing mendapat 31 undi.…










