KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan orang awam agar tidak keliru dengan produk Anti HFMD/Flu Spray berjenama Thymos di pasaran yang mendakwa dapat memberi pertahanan sepenuhnya terhadap virus penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan Influenza A. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, syarikat pengeluar telah dengan jelas melabelkan bahawa produk yang diperbuat daripada mineral yang diaktifkan itu boleh membunuh dengan serta merta 99.99…










