SECARA logik, mustahil untuk Rohani Awang dan rakan-rakannya yang bermastautin di Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain untuk ‘terbang’ beribu-ribu kilometer ke daerah Kinniya, Trincomalee di Sri Lanka semata-mata untuk menyantuni seseorang yang langsung tidak dikenali. Mereka bukan sekadar datang ‘biasa-biasa’ tetapi turut dibawa bersama sejumlah wang dan beberapa keperluan asasi lain untuk dikongsi bersama sekumpulan penduduk tidak bernasib baik di daerah yang 97 peratus beragama Islam itu. Itulah hebatnya…










