IPOH 10 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyokong tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mujahid Yusof Rawa yang mengarahkan poster berkaitan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam satu pameran di Pulau Pinang diturunkan. Menurutnya, tindakan itu tepat kerana berani menyatakan kebenaran dan secara tidak langsung mempertahankan kredibiliti institusi agama Islam. Beliau berkata, perbuatan mempromosikan ikon-ikon LGBT di khalayak ramai adalah usaha…