SHAH ALAM 8 Ogos – Pertama gali digandingkan sebagai pasangan pengacara untuk mengendali Big Stage Live Plus, Harris Annuar, 25 dan Eyra Hazali, 19, akui berasa gementar dan gemuruh meskipun program tersebut disiarkan secara dalam talian (online) di www.bigstage.com.my pada setiap Ahad. Menurut Harris, biarpun sudah biasa merakamkan klip video dan memuat naik ke laman Instagram miliknya, namun debaran mengacarakan sebuah program besar amatlah berbeza. “Ya, sebelum ini memang nampak…










