Harga gandum melambung tinggi - Utusan Malaysia

Harga gandum melambung tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Cuaca panas terik mengakibatkan ladang gandum di utara Eropah musnah, manakala kombinasi cuaca kering dan hujan lebat melampau di hab pengeluaran roti Laut Hitam mengakibatkan pengeluaran komoditi tersebut terjejas.

Situasi itu jika berterusan akan mengakibatkan harga gandum melambung tinggi.

Ketika musim menuai kini menghala ke utara di Jerman yang merupakan pengeluar gandum kedua terbesar Eropah selepas Perancis, lebih banyak bukti kerosakan teruk pada ta­naman itu ditemui sehingga mendorong pemerhati-pemerhati menurun­kan unjuran pengeluaran gandum untuk 28 negara blok Ke­satuan Eropah (EU) tahun ini.

“Situasi ini mencetuskan bencana di Eropah utara,” kata Ke­tua Penganalisis Strategi Bijirin, Andree Defois.

Firma perunding itu menurunkan unjuran hasil tuaian gandum pada tahun ini di EU kepada kurang 130 juta tan, kadar rendah untuk enam tahun berturut-turut.

Perancis selaku pengeluar gandum utama EU turut berdepan cuaca panas melampau, menyebabkan ramalan hasil tuaian tanaman itu merosot kepada 34 juta tan tahun ini berbanding hasil tuaian 36.6 juta tan pada 2017.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN