Hanya 50.31 peratus keluar mengundi PRK DUN Sungai Kandis - Utusan Malaysia

Hanya 50.31 peratus keluar mengundi PRK DUN Sungai Kandis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis mencatatkan jumlah kedua paling sedikit dalam sejarah PRK apabila hanya 50.31 peratus bilangan pengundi keluar dicatatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Untuk rekod, PRK DUN Penanti pada tahun 2009 mencatatkan peratusan keluar mengundi paling sedkit iaitu hanya 46 peratus.

Sumber SPR berkata, hanya 25,765 orang daripada 51,217 pemilih berdaftar keluar mengundi sebaik sahaja tempoh mengundi ditutup pada pukul 5.30 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jumlah keluar mengundi ini amat sedikit tetapi tidak seteruk pada PRK DUN Penanti pada tahun 2009. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan puncanya,” katanya secara ringkas kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Sebanyak 19 pusat pengundian dengan 109 saluran bagi PRK Sungai Kandis dibuka mulai 8 pagi tadi.

Sementara itu, setakat pukul 6.45 petang sebuah peti undi yang telah siap dikira dibawa masuk ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19 di sini.  – K! ONLINE 

Berikut merupakan rekod peratusan keluar mengundi bagi PRK yang pernah diadakan di negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-13:

  • PRK Sungai Besar     – 74 peratus
  • PRK Kuala Kangsar   – 71 peratus
  • PRK Teluk Intan         –  67.4 peratus
  • PRK Sungai Limau     – 85.5 peratus 
  • PRK Tanjong Datu      – 69.2 peratus 
  • PRK Rompin               – 73 peratus
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×