MAMAT KHALID yang merupakan pengarah filem francais Kampung Pisang menegas, filem terbaharunya Hantu Kak Limah merupakan sebuah filem hiburan yang berkonsepkan untuk keseronokan dan gelak-tawa semata-mata. Tiada kritikan sosial yang begitu ketara seperti filem-filem terdahulu namun babak-babak yang memiliki ‘dua maksud’ mengenai isu semasa tetap wujud untuk dijadikan bahan jenaka. Meluangkan masa hampir 1 jam 55 minit dalam tayangan perdananya semalam, penulis mendapati filem tersebut mempunyai garapan yang sangat baik…