KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan permohonan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kerajaan Malaysia dan dua subsidiarinya menjual kapal Equanimity milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low. Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Khadijah Idris ketika prosiding dalam kamarnya yang dihadiri peguam bagi pihak 1MDB, Ong Chee Kwan dan Jeremy M. Joseph serta peguam kanan Persekutuan, Alice Loke. Keputusan itu dibuat berdasarkan Seksyen 29…










