Had belian barangan cukai untuk pelancong di Langkawi RM1,000 - Utusan Malaysia

Had belian barangan cukai untuk pelancong di Langkawi RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan had belian barangan bercukai untuk pelancong dari tanah besar yang membeli-belah di Langkawi dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000. 

Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, langkah itu bagi menggalakkan kedatangan lebih ramai pelancong ke pulau itu, sekali gus meningkatkan sosio ekonomi penduduk setempat.

“Saya belum dapat kelulusan daripada rakan-rakan saya dalam kerajaan berkenaan banyak mana penduduk dari tanah besar boleh beli di Langkawi dan bawa ke tanah besar.

“Tapi walaupun belum dapat kelulusan saya nak juga isytihar di sini bahawa kita akan membenarkan pelancong dari tanah besar yang beli-belah di Langkawi ini, mereka tak payah bayar cukai (jika berbelanja sehingga)  RM1,000, bukan RM500 (sebelum ini),” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi di Langkawi City di sini hari ini. 

Bagaimanapun beliau berkata, had itu tidak termasuk untuk barangan seperti arak dan rokok yang membahayakan kesihatan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN