MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola bersedia untuk mempelajari ilmu taktikal baharu daripada pengendali Chelsea, Maurizio Sarri selepas kedua-duanya bakal bertembung pada aksi Piala Perisai Komuniti malam ini. “Saya dan Sarri sebenarnya adalah kawan rapat. Kami pernah menikmati makan malam bersama-sama di Itali. Perlawanan ini akan saya jadikan medium untuk mempelajari ilmu baharu daripadanya. “Saya yakin kehadiran Sarri di kancah Liga Perdana England akan mendatangkan faedah terhadap pengurus yang…










