KUALA LUMPUR 15 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta menjawab tiga soalan berkaitan kehilangan RM19.25 bilion dalam Tabung Bayaran Balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikatakan telah menjejaskan sebanyak 121,429 syarikat dan individu. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Najib perlu menyatakan sama ada beliau telah meluluskan agar pembayaran balik GST tidak dilakukan dalam masa dua minggu sepertimana ditetapkan di bawah undang-undang. “Soalan kedua,…










