PUTRAJAYA 18 Ogos – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memaklumkan polis akan mengambil keterangannya pada minggu depan berhubung dakwaan beliau mengenai kehilangan wang bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.25 bilion. Sehubungan itu katanya, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan mempunyai alasan untuk mengelak daripada menjawab tiga soalan mengenai kehilangan sejumlah wang itu. “Datuk Seri Najib enggan menjawab tentang penglibatan beliau sebagai Menteri Kewangan…










