GUAYAQUIL, Ecuador 2 Ogos – Persatuan Bola Sepak Ecuador melantik Hernan Dario Gomez, yang berjaya membawa Panama menyertai Piala Dunia buat kali pertama, sebagai jurulatih baharu bagi skuad kebangsaan.
Ia merupakan panggilan kedua bagi jurulatih berusia 62 tahun itu bersama Ecuador selepas turut pernah membawa pasukan tersebut ke Piala Dunia buat kali pertama pada 2002.
“Saya sangat gembira untuk berada di sini, di rumah saya…sebuah rumah yang mana saya tidak akan melupakannya. Saya memang mahu kembali ke sini.
“Saya mempunyai pilihan di negara Amerika Tengah dan Selatan lain serta Eropah, namun kembali ke Ecuador adalah impian saya,” kata pengendali kelahiran Colombia, Gomez yangpernah membimbing Guatemala.
Tugasan pertamanya adalah perlu membuat persiapan Ecuador untuk kempen Copa America 2019 di Brazil.- REUTERS










