MONTE CARLO – AS Monaco mengesahkan pemain baharu mereka, Aleksandr Golovin mengalami kecederaan buku lali ketika menjalani latihan, sekali gus menyebabkan bintang Rusia tersebut akan disisihkan selama empat minggu. Pemain muda berusia 22 tahun tersebut antara pemain paling menyinar pada kempen Piala Dunia 2018 di Rusia pada Julai lalu dan turut menjadi perhatian beberapa kelab gergasi Liga Perdana England (EPL) seperti Chelsea. Golovin menyertai Monaco menerusi kontrak selama lima tahun…










