LONDON 4 Ogos – Arsenal bakal kehilangan khidmat Sead Kolasinac selama lapan hingga 10 minggu berikutan pertahanan The Gunners itu cedera di bahagian lutut.
Pertahanan kiri berusia 25 tahun itu terpaksa dikeluarkan ketika menentang Chelsea dalam aksi pra musim di Dublin.
Arsenal turut mengesahkan pemain tengah, Aaron Ramsey kini bergelut dengan masalah kecergasan selepas cedera di bahagian betis kanan namun dia dijangka turutn menjalani latihan pada minggu depan.
Ketiadaan Kolasinac menjadikan Nacho Monreal sebagai pilihan utama untuk digantikan bagi memulakan kempen musim baharu. Begitu pun, Ainsley Maitland-Niles yang lebih sesuai beraksi di tengah berkebolehan untuk mengisi pertahanan kiri jika perlu.
Kolasinac dan Ramsey menyertai Laurent Koscielny yang terpaksa direhatkan untuk jangka lama hingga Disember ini ekoran kecederaan buku lalu.
Arsenal bakal memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester City di Emirates pada 12 Ogos ini. – AGENSI










