KOTA TINGGI 26 Ogos – Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi berjaya menumpaskan Geng Apeng yang aktif menyeludup rokok menerusi satu serbuan di Kilometer 10 Jalan Terminal Feri, Tanjung Belungkor, dekat sini semalam. Menerusi serbuan kira-kira pukul 4.30 pagi itu, seramai 20 anggota pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Kota Tinggi merampas rokok bernilai anggaran RM80,000. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, aktiviti penyeludupan itu…










