TANGGAL 31 Ogos 1957 menjadi satu tarikh keramat apabila Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra A-Haj yang turut dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan telah melaungkan perkataan merdeka di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Kemerdekaan yang dicapai itu membolehkan negara Malaysia yang bertuah ini bebas daripada cengkaman penjajah. Perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan tidak semudah yang disangka dan ada rakyat pada ketika itu sanggup mengadai barangan kemas bagi membolehkan Tunku Abdul Rahman…










