JAKARTA 5 Ogos – Gempa bumi berukuran 7 skala Richter menggegarkan bahagian utara pulau Lombok hari ini. Menurut Agensi Pencegahan Bencana Indonesia, gempa bumi yang melanda pada kedalaman 15 kilometer itu, mencetuskan amaran tsunami. Pegawai tempatan mengarahkan orang ramai untuk tidak berada dekat dengan lautan. “Sila pergi ke tempat tinggi, bertenang dan jangan panik,” kata ketua agensi meteorologi, iklim dan geofizik, Dwikorita Karnawati. Tambah Karnawati, air laut telah memasuki dua…










