BANDAR GAZA, Palestin – Seorang ibu hamil bersama bayi perempuannya terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan oleh rejim Zionis di Jafarawi di sini pada awal pagi tadi. Menurut seorang pegawai, tentera Israel telah melancarkan berpuluh-puluh roket dalam serangan balas terhadap anggota Hamas. Dalam pada itu, menurut Kementerian Kesihatan, mangsa, Enas Khammash, 23, dan bayinya yang berusia 18 bulan bernama Bayan terbunuh manakala suaminya cedera akibat serangan tersebut. Serangan tersebut telah menyebabkan jumlah kematian penduduk Palestin yang terbunuh meningkat kepada tiga orang. Sekurang-kurangnya seorang penduduk Israel cedera ketika Hamas dan kumpulan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya