SURAT tawaran masuk universiti sudah berada dalam genggaman. Langkah seterusnya ialah membuat persediaan untuk sesi pendaftaran dan menyertai program minggu suai kenal yang dianjurkan oleh semua universiti. Namun, apabila menyebut sahaja minggu suai kenal atau orientasi, ia pasti memberi bayangan atau konotasi yang negatif. Suka atau tidak, sepanjang tempoh ini semua pelajar seperti biasa perlu berhadapan dengan jadual aktiviti yang padat, sesak dan meletihkan. Suatu ketika dahulu, kita juga digemparkan…










