Gagal tangani judi, beberapa lagi KPD ditukar - Utusan Malaysia

Gagal tangani judi, beberapa lagi KPD ditukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan pertukaran Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad dalam tempoh 24 jam baru-baru ini kerana kegagalannya menangani masalah judi daerah itu.

Katanya, selain Ali terdapat beberapa lagi ketua polis daerah dan pegawai lain turut ditukarkan.

Ujarnya, tindakan ini dilakukan sebagai pengajaran kepada ketua polis negeri dan daerah lain berhubung kegiatan ini.

“Beliau tidak terlibat dalam kegiatan ini namun kegagalannya membendung aktiviti tersebut di daerah itu, dia harus bertanggungjawab.

“Walaupun banyak kali saya ingatkan mengenai perkara ini, namun mereka seolah-olah tidak serius dalam membendung kegiatan itu,” katanya dalam sidang akbar selepas merasmikan seminar Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendepani Cabaran Dalam Kepolisan Moden di Maktab PDRM di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN