Gagal lapor butir penggajian pekerja asing, pemilik Restoran Raj's Banana Leaf didenda RM5,000 - Utusan Malaysia

Gagal lapor butir penggajian pekerja asing, pemilik Restoran Raj’s Banana Leaf didenda RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat swasta yang merupakan pemilik Restoran Raj’s Banana Leaf Bangsar didenda RM5, 000 oleh Mahkamah Majistret sebentar tadi atas dua pertuduhan gagal melaporkan butir-butir penggajian dua pekerja asing Januari lalu.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu terhadap Pengarah Syarikat Intercompass Sdn. Bhd., Muhamad Rizal Abd. Rahman, 40, selaku orang kene saman (OKS) selepas dia yang mewakili syarikatnya mengaku salah atas pertuduhan disabitkan. 

Mahkamah turut memerintahkan waran levi dikeluarkan sekiranya OKS gagal membayar denda itu dan OKS membanyarnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua syarikat itu didakwa sebagai majikan kepada C. Suresh dan K. Rajalingam yang kedua-duanya warganegara India berusia 30 tahun telah gagal melaporkan butir-butir tentang penggajian pekerja asing di Pejabat Tenaga Kerja (PTK) yang terdekat dalam tempoh 14 hari setelah pengambilan mereka.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di PTK Tingkat, 9 Menara Perkeso Jalan Ampang di sini pukul 11 pagi pada 22 Januari lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 60K(1) Akta Kerja 1955 dan majikan boleh dihukum dibawah Seksyen 60K(5) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM10, 000 jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×