PUTRAJAYA – Pameran flora antarabangsa tersohor, Floria Diraja Putrajaya 2018 yang akan membuka tirainya esok dijangka menerima pengunjung teramai pada 31 Ogos ini. Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad berkata, ini berikutan sambutan Hari Kebangsaan 2018 akan berlangsung di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu. “Floria Diraja 2018 kini siap untuk menerima pengunjung, cuma ada beberapa perkara yang perlu diperkemas dan dicantikkan lagi,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Taman Diraja Perak…










