PUTRAJAYA – Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) akan mengkaji bidang kuasa pendaftaran dan kawal selia parti-parti politik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta undang-undang khusus berhubung pengendalian kerajaan sementara. Pengerusi ERC, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, perkara lain yang akan dikaji adalah kajian mengenai cadangan pendaftaran pemilih secara automatik serta cadangan had usia pemilih diturunkan daripada 21 tahun ke 18 tahun. Menurut Ab. Rashid,…










