KUALA LUMPUR 21 Ogos – Seorang anggota Polis Sukarelawan Simpanan (PVR) di negeri Selangor menggesa polis menyelesaikan pembayaran elaun 1,200 anggota dianggarkan berjumlah RM1 juta yang tertunggak enam bulan lalu. Menurutnya, sebelum ini pembayaran elaun tertangguh selama lapan bulan namun baru-baru ini mereka telah dibayar bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini. “Kita telah membawa isu terbabit ke pihak Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor namun mereka memaklumkan terdapat masalah…