PULAU PINANG 24 Ogos – Sahabat Alam Malaysia (SAM) berharap Kerajaan Pusat tidak akan mempertimbangkan semula keputusan membatalkan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Sambil menyambut baik pembatalan projek itu, Presidennya, S. M. Mohamed Idris turut berharap keputusan tersebut bukan diambil semata-mata kerana faktor tekanan kewangan negara. Sebaliknya, tambah beliau, keputusan itu juga perlu melihat kepada kesan projek mega berkenaan terhadap kelestarian alam sekitar yang terancam dan berdepan kemusnahan. “Seharusnya…










